Salary: 1500 - 2700 MYR / month

Loading ...

Job content

1. Menguruskan akaun pengiklanan syarikat dan membangunkan kempen pemasaran untuk mempromosikan produk, perkhidmatan, konsep atau idea yang dibangunkan syarikat atau pelanggan syarikat. Memainkan peranan yang pelbagai yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada perancangan, pengiklanan, perhubungan awam, penganjuran acara, pembangunan produk, pengedaran “booklet” / “flyers”, penajaan dan penyelidikan.

2. Bertanggungjawab meningkatkan kesedaran mengenai isu yang memberi kesan positif kepada orang ramai tentang produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat dan pelanggan syarikat.

3. Berhubung dan membuat rangkaian dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pelanggan, rakan-rakan niaga, pembekal atau rakan orgnisasi dan pihak berkuasa.

4. Merancang pengiklanan di media cetak ataupun elektronik serta platform-platform yang lain seperti facebook ads, google adwords, Instagram ads dan lain-lain yang dirasakan perlu.

5. Mengendali dan menyelia medium iklan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Ini termasuk dan tidak terhad kepada mengendalikan page facebook syarikat.

6. Menguruskan pengeluaran dan penghasilan bahan-bahan pemasaran termasuk tetapi tidak terbatas; risalah, poster, surat berita, e-mail, gambar, infografik, video dan post-post media sosial.

7. Berhubung dengan pelbagai bagaian dalam syarikat seperti graphic designer dan multimedia.

8. Menyelenggara dan mengemaskini profil data pelanggan.

9. Mengendali dan menghadiri acara-acara persidangan, seminar, majlis, latihan dan pameran dengan kebenaran atau arahan syarikat.

10. Menjalankan penyelidikan pasaran, contohnya dengan menggunkan soal selidik pelanggan dan kumpulan sasaran bagi produk/ perkhidmatan yang ditawrkan oleh syarikat atau pelanggan syarikat.

11. Membangunkan, melaksanakan dan memeriksa serta menambahbaik pelan pemasaran dan strategi pemasaran.

12. Menilai dan memantau kempen pemasaran yang sedang dijalankan.

13. Mengkaji, meneliti dan mengaplikasikan teknik-teknik terbaru yang digunakan oleh agensi pengiklanan yang terkemuka.

Loading ...
Loading ...

Click to apply for free candidate

Apply

Loading ...
Loading ...

SIMILAR JOBS

Loading ...
Loading ...